Asal Titik G

Titik G mula disebut dalam kertas akademik (Addiego et al.) pada tahun 1981. Titik G dinamakan sempena pakar sakit puan dari Jerman, Ernst Grafenberg, yang mendakwa sebagai orang pertama menghipotesis kewujudannya pada tahun 1950. Sebuah buku mengenai titk G diterbitkan pada tahun 1982 bertajuk "The G Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality" oleh Ladas et al.